Sunday, April 11, 2010

Kurikulum Pendidikan Moral

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH

* Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras atau wajib untuk semua murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996).

* Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

* Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi tujuh Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

* Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

No comments:

Post a Comment